"Aku, Dia & Daniya"
Aku tika itu,
Memerhati Dia dari jauh,
Mengenangkan kisah lalu,
Tika hubungan dengan Dia masih utuh..
Munculnya Daniya,
Hancur harapanku,
Runtuh impian yang nyata,
Membuatku sendu....
Tiada lagi kegembiraan,
Tiada lagi rasa kasih,
Tiada lagi keyakinan,
Pada si Dia yang berpaling tadah....
Dia dan Daniya,
Umpama sembilu,
Menikam di dada,
Merobek hatiku.....
Aku, Dia, dan Daniya,
Tiga insan yang resah,
Punya perkaitan yang sama,
Kisah cinta yang tinggal sejarah.....
"Walau sesukar mana untukku melupakan, pasti aku mampu untuk melakukannya. Ku tak mahu kasihku menjadi duri dalam daging...Membuat hatiku runsing...Membuat ku hilang pedoman & berpaling dari tuhan yang Esa"
Nukilan : Kiera Yusof @ Kierasafirah
Isnin, 28 Julai 2008
10 P.M
Gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment