Sunday, June 5, 2011

Butakah Cinta Itu???

Dear Diary,


BUTAKAH CINTA ITU???


Benarlah kata orang,
Cinta itu buta....


Butakah hatimu menilai cintaku,
Kau mensia-siakan segala kasih,
Yang ku curahkan hanya untukmu,
Tingkahmu pernah membuatku senang...
Dulu.......


Namun Kini......
Tiada lagi kemanisan dalam setiap lenggokmu, langkahmu, kelakuanmu.....
Kebencianku meluap-luap,
Dendamku Mambara...
Hatiku tercela...
Olehmu wahai "Sayang"


Aku....
Takkan terperangkap lagi,
Setiap tuturmu yang penuh dusta,
Kelakuanmu yang pura-pura...


Takkan ku biar lagi,
Kau sentuh hatiku ini,
Kerana aku masih perlukan ia,
Untuk ku beri,
Kepada yang berhak untuk mendapatkannya,
Kerana kau,

Sudah luput dari hatiku ini ............................................




"Bila kitaberkeputusan untuk menyintai seseorang, haruslah kita tabah dan sabar memperjuangkan cinta itu. Namun,pabila cinta itu memakan diri sendiri, lepaskanlah ia kerana cinta itu hanya akan memberi kepedihan dan keserngsaraan daripada kebahagiaan"






Nukilan: Kiera Yusof @ Kierasafirah
              Isnin, 28 Julai 2008
              9.30 P.M

2 comments:

  1. Bila kitaberkeputusan untuk menyintai seseorang, haruslah kita tabah dan sabar memperjuangkan cinta itu ^_^

    ReplyDelete
  2. Aik!!...salin balik ayat kak kiera ker??? You like it??? I Like It too!!!

    ReplyDelete